FAMILY DPIM UITM PAHANG EDITION

lubuk informasi dan perbincangan untuk generasi dpim uitm pahang, tidak kira la korang super senior ke, super junior ke...selagi korang pernah menjadi pelajar DPIM, kita alu-alukan kehadiran korang dalam forum ni..apa pun enjoy gathering okey!!

Latest topics

» PERINTIS ITM JENGKA 2003
Tue Apr 13, 2010 11:30 pm by AKI

» salam perpaduan
Mon Feb 15, 2010 9:46 am by irwan

» unity against unity
Fri Oct 09, 2009 6:11 am by CENGKODOK

» my opinion....
Tue Jun 09, 2009 5:02 pm by burnburhan

» contact korang!!
Sat Mar 28, 2009 1:37 pm by emma_darling

» The Now Emma...
Fri Mar 20, 2009 3:54 am by emma_darling

» Short Funny Stories
Fri Mar 20, 2009 3:12 am by emma_darling

» Funny Names
Fri Mar 20, 2009 3:06 am by emma_darling

» JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Tue Mar 17, 2009 8:36 am by zhrbtn


    KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT

    Share
    avatar
    zhrbtn
    FOUNDER
    FOUNDER

    Number of posts : 11
    Age : 32
    Location : pasir mas + tg karang
    Registration date : 2009-02-25

    KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT

    Post  zhrbtn on Wed Feb 25, 2009 8:42 am

    Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

    Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

      Current date/time is Sun Jul 15, 2018 5:10 pm